Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia Di Hospital Kajang

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia Di Hospital Kajang | Datuk Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdul Aziz bin Sattar, 89 nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan tanah air dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

“Ayah dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas diserang penyakit jantung.

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia

aziz sattar meninggal dunia Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia Di Hospital Kajang

Wajah yang pasti tidak akan dilupakan

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital,” katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. – Berita Harian

Takziah Dr Fuh ucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Aziz Sattar. Sama-sama kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Innalillah

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia Di Hospital Kajang
Dr Fuh

Nota: