683 Penyokong Ikhwanul Muslimin Dihukum Mati

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

683 Penyokong Ikhwanul Muslimin Dihukum Mati | Dalam kesedihan kita mendapat berbagai-bagai berita buruk termasuk kehilangan misteri Pesawat MH370, hari ini ada berita yang lebih sedih dimana lebih 680 umat Islam dari Pergerakan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Mahkmah Mesir hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas Ketua Ikhwan Mohamed Badie dan 682 penyokong pertubuhan itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Said Youssef Sabry selepas dua sesi perbicaraan yang mana sebahagian daripadanya diboikot pihak peguambela.

Mahkamah sama turut meringankan hukuman mati ke atas 492 daripada 529 ahli Ikhwanul Muslimin pada Mac lalu, dengan kebanyakan mereka dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Keputusan mahkamah terhadap penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi pada bulan lalu itu mencetuskan kecaman antarabangsa.

ikhwanul muslimin 2 683 Penyokong Ikhwanul Muslimin Dihukum Mati

Mengikut undang-undang Mesir, kes hukuman mati akan dirujuk kepada ulama terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat. Mahkamah boleh memilih untuk menjatuhkan hukuman itu tetapi ia masih boleh dicabar di peringkat Mahkamah Rayuan.

Daripada 683 yang dihukum mati hari ini, sebanyak 50 orang sahaja berada dalam tahanan. Hakim akan mengesahkan hukuman itu pada 21 Jun ini. Tertuduh lain yang belum ditahan berhak meminta dibicarakan semula jika mereka menyerah diri.

Ini adalah kami pertama hukuman mati disabitkan ke atas Mohamed Badie, ketua ulama Ikhwan.

Beberapa wanita ahli keluarga tertuduh yang menunggu di luar mahkamah pengsan sebaik mendengar keputusan mahkamah itu.

ikhwanul muslimin 683 Penyokong Ikhwanul Muslimin Dihukum Mati

Reaksi ahli keluarga dari penyokong Ikhwanul Muslimin selepas mendengar keputusan mahkamah

“Di mana keadilan?”seru yang lain.

Mereka yang dijatuhi hukuman mati itu dituduh terbabit dalam pembunuhan dan cubaan bunuh anggota polis di wilayah Minya pada 14 Ogos lalu, pada hari sama pasukan polis membunuh ratusan penyokong Morsi di Kaherah. – AFP

Sumber

Semoga Allah menunjukkan kebenaran yang sebenar-benarnya dan menurunkan bala kepada mereka yang kejam dan durjana!

If you enjoyed this post, you should read this: Bahaya Teh O Ais Yang Mesti Kita Ketahui

683 Penyokong Ikhwanul Muslimin Dihukum Mati
Dr Fuh

Nota: