NextUp:Digital Marketing Asia Akan Diadakan Pada 17-18 Jun 2014

Teknik pemasaran secara digital merupakan satu perkara yang penting pada abad ini. Dalam tempoh seminggu ini sahaja telah kita saksikan Google Adwords, salah satu komponen untuk pengiklanan digital hadir telah menyokong Bahasa Melayu bahkan Facebook dikatakan sedang merancang untuk melancarkan platform pengiklanan mereka yang tersendiri pada masa terdekat ini.

dmaMenyedari hakikat kepentingan pemasaran digital, NextUp.Asia hadir dengan acara Digital Marketing Asia yang bakal diadakan pada 17-18 Jun 2014 bertempat di Sunway Putra Hotel (di hadapan PWTC), Kuala Lumpur. Acara sepanjang dua hari tersebut akan membawakan lebih dari 10 penceramah antaranya Fabien Bouhier dari Twitter, Melissa Lee dari KakaoTalk dan disertai dengan topik-topik yang menarik serta bengkel yang akan dikendalikan oleh penceramah.

Antara topik yang bakal dibincangkan adalah:

  • Social Media Analytics – Marcus Foon
  • Leveraging Twitter – Fabien Bouhier
  • MyTeksi: A Regional Digital Case Study – Cheryl Goh

Pada masa artikel ini ditulis, terdapat promosi untuk mereka yang mendaftar awal dimana tiket dijual pada harga RM1,250 sahaja berbanding harga asal RM1,500 dan promosi ini terhad kepada 50 peserta terawal serta akan tamat pada 30 April 2014. Khas buat pembaca Amanz, gunakan kod kupon promosi ‘ C5I0HFA ‘ untuk mendapatkan diskaun RM150 dari pembelian tiket pada harga asal.

 

Nota: