Fizz Fairuz Bakal Nikahi Almy Nadia 26 April Ini

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Fizz Fairuz Bakal Nikahi Almy Nadia 26 April Ini | Pelakon Almy Nadia disahkan bakal menamatkan zaman bujangnya Sabtu ini bersama kekasihnya, Fizz Fairuz.

Majlis akad nikah akan berlangsung di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang selepas solat Asar.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, bersyukur kerana segala persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai.

“Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar di kampung saya.

“Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi yang hendak dilakukan memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal,” katanya seperti yang dilapor oleh Utusan Online.

Ketika ditanya mengenai perasaannya untuk bergelar isteri, Almy memberitahu agak sukar untuk dia berkongsi memandangkan dia masih belum lagi bergelar isteri kepada Fizz.

“Belum rasa apa-apa lagi, mungkin selepas akad nikah itu saya akan kongsi perasaan saya.

“Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja.” ujarnya.

Sebelum ini, pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah mengikat tali pertunangan mereka pada 22 Oktober lalu setelah lapan tahun menyulam cinta.

sumber : murai.com

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Recipe

Fizz Fairuz Bakal Nikahi Almy Nadia 26 April Ini
Emas Putih

Nota: