Apache OpenOffice Dilaporkan Telah Dimuat-Turun Lebih 100 Juta Kali

Apache OpenOfficeApache OpenOffice merupakan salah satu perisian pejabat, alternatif kepada perisian Microsoft Office yang popular. Kini, setelah lebih dua tahun OpenOffice menjadi projek utama dibawah Apache, ia telah pun mencatatkan angka muat-turun melangkaui 100 juta.

OpenOffice sedia ditawarkan untuk pengguna Windows, Linux dan juga Mac, membolehkan mereka membuat pelbagai tugasan dan penyuntingan dengan mudah menggunakannya. Memandangkan ia turut ditawarkan secara percuma, maka ia turut menarik perhatian beberapa organisasi dalam menggunakannya dan mengurangkan kos operasi.

Selain OpenOffice, satu lagi projek yang lebih kurang sama adalah LibreOffice – yang mana kini disertakan bersama-sama kebanyakkan distro Linux terkemuka.

Nota: