Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
Barcelona Bakal Kehilangan Penjaga Gol Lagi | Kelab Barcelona mungkin akan dibiarkan tergantung tanpa mengetahui siapakah penjaga gol mereka untuk musim akan datang setelah pemain tukaran, Oier Olazabal masih belum diketahui statusnya manakala Jose Manuel Pinto yang merupakan penjaga gol ketika ini pula dikatakan akan meninggalkan Barcelona pada musim panas ini.
Penjaga gol berbangsa Sepanyol yang berusia 38 tahun itu memberitahu beberapa rakan sepasukannya bahawa beliau akan meninggalkan Nou Camp setelah kontraknya tamat. Penjaga gol pilihan utama, iaitu Victor Valdes mengalami kecederaan buat masa ini dan turut bercadang untuk meninggalkan kelab itu pada Jun ini.

Pinto memeberitahu rakan sepasukan bahawa dia akan meninggalkan kelab itu pada musim panas ini
Larangan pertukaran pemain yang dilaksanakan oleh FIFA terhadap Barcelona bermaksud mereka tidak akan dapat mendaftar pemain baru sehinggalah musim panas 2015 akan datang kelak.
Akhbar Sepanyol melaporkan bahawa Pinto telah memberitahu rakan sepasukan Barcelona dalam bilik persalinan mengenai rancangannya untuk berhenti. Olazabal yang berusia 24 tahun yang telah menandatangani akademi belia Barcelona ketika berusia 16 tahun adalah dari Real Union. Dia mula menunjukkan aksinya pada tahun 2008 dalam Copa del Rey dan telah bermain sebuah perlawanan La Liga sejak itu, tetapi kerap ditampilkan untuk Barcelona B.
Kelab tersebut terdesak untuk Valdes supaya menandatangani kontrak baru bersama mereka dan berharap agar lututnya yang cedera tersebut yang perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 5 bulan untuk pulih akan menghalang kumpulan lain daripada mencuba untuk mendapatkan Valdes.

Valdes yang mengalami kecederaan dikatakan akan meninggalkan kelab tersebut
Pinto ternyata tidak berpuas hati kerana hanya menggantikan Valdes dan kesilapan terbarunya dapat disaksikan malam Rabu lalu dalam perlawanan akhir Copa del Rey. Dia sepatutnya mampu menghalang sepakan rendah dari Angel Di Maria, yang membawa kepada Real Madrid mendahului Barcelona. Barcelona menghadapi waktu yang sangat sukar pada waktu itu dan Pinto merupakan antara pemain yang dikecam hebat setelah mereka pulang.
Pada hujung minggu lalu, setelah tewas kepada Granada, sekumpulan penyokong telah menjerit menghina dan bersorak menegejek kepada pemain Barcelona ketika mereka tiba kembali ke Nou Camp. Para penyokong tersebut juga turut menjerit supaya Argentine bersara sahaja daripada terus menjadi pengurus kelab tersebut.
If you enjoyed this post, you should read this: Contact form 1