Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
287 Orang Mangsa Masih Hilang Susulan Feri Karam Di Korea | Mokpo, Korea Selatan — Arus yang deras, hujan serta penglihatan yang kabur menambahkan lagi kesukaran untuk mencari seramai 287 orang lagi mangsa yang masih hilang setelah feri yang mereka naiki dipercayai terbalik dan karam di dalam air yang dingin berhampiran pantai Selatan Korea pada 16April lalu.
9 orang mangsa, termasuk 5 orang pelajar dan 2 orang guru, telah disahkan meninggal dunia, tetapi ramai yang menjangkakan akan terdapat pertambahan angka maut yang drastik disebabkan mangsa yang lain masih lagi belum dijumpai, sama ada terperangkap dalam feri atau lemas dalam air laut yang dingin. Perkara ini menimbulkan kemarahan keluarga-keluarga mangsa yang menunggu berita mengenai penumpang yang kebanyakkannya merupakan pelajar sekolah menengah.
Terdapat seramai 475 penumpang menaiki feri tersebut, dan ibubapa kepada 325 orang pelajar yang dalam perjalanan menuju ke pulau Jeju untuk lawatan selama 4 hari telah berkumpul di Sekolah Tinggi Danwon di Ansan, yang berhampirang dengan Seoul dan terdapat juga keluarga yang berkumpul di Jindo, sebuah pulau yang berhampiran dengan kawasan kejadian feri terbalik itu.
Ahli keluarga 3 pelajar yang maut meraung dan menangis ketika ambulan dari hospital Mokpo, sebuah bandar yang hampir dengan kawasan kejadian membawa pergi mayat mangsa. Dalam pada itu, 400 orang penyelamat telah meneruskan usaha mencari di kawasan berhampiran semalam dan sehingga pagi Khamis 17 April. Jurucakap pengawal pantai, Kim Jae-in berkata untuk dua hari berikutnya, tiga kapal yang mempunyai kren di atasnya akan tiba bagi membantu operasi menyelamat feri tersebut.
Para penyelam bertungkus lumus menyelam secara bergilir-gilir tanpa henti dalam percubaan untuk masuk ke dalam kapal yang karam tersebut. Namun begitu, arus deras menghalang mereka dari masuk ke dalam. Kim juga menyatakan bahawa pegawai pengawal pantai telah menyoal kapten kapal tersebut, tetapi enggan memberikan butiran terperinci atau membuat spekulasi mengenai punca yang menyebabkan tenggelamnya kapal tersebut.
Kim juga menafikan laporan awal oleh agensi berita Yonhap yang melaporkan bahawa feri tersebut telah membelok dengan sangat laju apabila ia sepatutnya membelok secara perlahan-lahan. Belia juga turut enggan mengulas sama ada feri tersebut telah tersasar dari laluan yang sering digunakan.
Pegawai penjaga pantai, pakar dalam bidang sains marin dan pakar-pakar serta pegawai-pegawai lain bercadang untuk berkumpul di Mokpo bagi membincangkan mengenai punca kapal tersebut terbalik lalu tenggelam. Penjaga pantai juga telah memaklumkan bahawa 2 lagi mayat telah ditemui, yang menjadikan jumlah mangsa yang terkorban setakat ini kepada 9 orang.
Kapal/feri tersebut yang diberi nama The Sewol, adalah 146 meter panjang yang dilaporkan mampu membawa 900 orang penumpang, telah belayar pada hari Selasa lalu dari Incheon untuk satu perjalan selama 14 jam ke pulau Jeju. Feri tersebut hanya tinggal 3 jam sahaja dari destinasi yang dituju apabila ia memberikan panggilan kecemasan setelah keadannya mula senget, menurut Menteri Keselamatan dan Pentadbiran Awam Selatan Korea.
Koo Bon-hee, 36, seorang mangsa yang terselamat memberitahu kepada the Associate Press bahawa ramai yang terperangkap dalam cermin kaca yang sangat kuat untuk dipecahkan. “Operasi menyelamat tidak dilakukan dengan baik. Kami semua memakai jaket keselamatan, kami ada masa,” katanya yang sedang dalam perjalan ke pulau Jeju atas urusan perniagaan. “Jika semua orang terjun ke dalam air.. mereka mungkin boleh diselamatkan. Tetapi kami diarahkan supaya jangan keluar.”
Suhu air di kawasan terbabit adalah dianggarkan 12 darjah selsius (54 fahrenheit), terlalu sejuk sehingga boleh menyebabkan terjadinya hypothermia selepas terdedah selama 90 minit. Laut di kawasan itu juga mempunyai kedalaman sedalam 37 meter (121 kaki)
Mangsa yang terselamat — basah kuyup, terkejut dan berkaki ayam — telah dibawa ke Jindo, dimana mereka di selimutkan dan diperiksa jika terdapat sebarang kecederaan. Ketika operasi mencari berjalan, ahli keluarga mangsa yang hilang berkumpul di dek yang berhampiran sambil memeluk satu sama lain. Jeritan marah jelas kedengaran apabila Perdana Menteri, Chung Hon-won melawat pusat perlidungan di mana saudara-mara mangsa yang hilang sedang menunggu. Ada yang menjerit mengatakan kerajaan sepatutnya menghantar lebih banyak penyelam untuk mencari magsa.
Tragedi feri di Selatan Korea yang terakhir direkodkan adalah pada tahun 1993, yang telah mengorbankan seramai 292 orang mangsa.
Sumber: The Associate Press (AP)
Incoming search terms:
feri karam di korea
feri karam di jindo korea selatan dan nama para penumpang
feri karam korea
kapal feri korea karam
korea feri terbalik
mangsa feri karam korea msg keluarga
mujahidin malaysia di syria
If you enjoyed this post, you should read this: People
287 Orang Mangsa Masih Hilang Susulan Feri Karam Di Korea
zyra roxx