InstaB merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, dan hari ini mereka telah memperkenalkan sebuah kemaskini baru untuk aplikasi InstaB di iOS, yang mana bersama-sama dengannya sebuah fungsi baru hadir, dikenali sebagai “Baby Q&A”.
Melalui fungsi ini, ia membolehkan ibu bapa dan penjaga untuk menggunakan aplikasi tersebut untuk bertanyakan soalan kepada ibu bapa lain, disamping berinteraksi dengan yang lain untuk tips-tips penjagaan bayi.
Buat masa ini, fungsi ini hanya ditawarkan untuk pengguna iOS sahaja, dan mungkin kita akan melihat kemaskini sama untuk platform Android tidak lama lagi.
Muat-Turun InstaB Untuk iOS