Qualcomm Memperkenalkan Cip Pemprosesan Snapdragon 810 Dan Snapdragon 808

Pelbagai peranti baru hari ini sedia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon terkini, dan nampaknya pihak Qualcomm bakal hadir dengan dua lagi cip pemprosesan berkuasa yang disasarkan untuk dipasarkan pada tahun hadapan – Snapdragon 810 dan Snapdragon 808.

Snapdragon 810

Snapdragon 810

Kedua-dua cipset ini akan hadir dengan sokongan 64-bit, dan menurut pihak Qualcomm, ia akan lebih efisyen dalam penggunaan tenaga, disamping bersaiz kecil. Kedua-dua cip pemprosesan ini juga akan hadir dengan rekaan big.LITTLE, mengabungkan dua cip untuk kuasa lapan teras. Ia akan membolehkan cip ini menggunakan empat-teras Cortex-A57 untuk penggunaan kuasa pemprosesan tinggi, dan empat-teras Cortex-A53 untuk penggunaan kuasa rendah.

Kedua-duanya juga akan menyertakan cip grafik yang baru, dimana Snapdragon 808 akan menggunakan Adreno 418, dan Snapdragon 810 pula akan menggunakan Adreno 430.

Dari segi sokongan pula, kedua-dua cip pemprosesan ini akan membawakan sokongan paparan dan rakaman 4K, rakaman gambar yang lebih berkualiti, cara interakfi yang baru, dan juga sokongan rangkaian LTE Cat 6 yang membawakan kelajuan sehingga 300Mbps.

Nota: