Ulasan: Kingston MobileLite Wireless

Adakah anda seorang pengguna telefon pintar yang mempunyai ruang kapasiti terhad? Atau anda merupakan seorang yang biasanya mengambil gambar menggunakan kamera DSLR dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan dengan pantas? Terbaru di makmal ujian Amanz kami telah menguji Kingston MobileLite Wireless, satu peranti yang boleh menyelesaikan masalah ini.

Secara amnya Kingston MobileLite Wireless merupakan peranti yang mempunyai tiga fungsi utama iaitu membaca memori dari USB dan kad-SD, berkongsi dan menstrimkan fail dari memori tersebut kepada telefon pintar, serta berupaya untuk memberikan caj kuasa tambahan untuk telefon bimbit anda. Turut disertakan bersamanya adalah kabel USB untuk kegunaan pengecasan peranti ini dan penyuai kad-SD ke Micro-SD.

Sekiranya anda pemilik telefon pintar yang mempunyai kapasiti storan yang rendah, dengan peranti ini anda hanya perlu memasukkan kad-SD atau pemacu USB kepada slot yang disediakan. Pengguna perlu menghubungkan telefon pintar dengan peranti ini melalui aplikasi Kingston MobileLite Wireless yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store untuk mengakses fail-fail tersebut termasuklah untuk memindahkan data dari telefon pintar kepada pemacu tersebut. Ia juga boleh digunakan untuk penstriman media secara serentak kepada 3 peranti berasingan.

Berdasarkan ujian ringkas kami, penstriman media berdefinisi tinggi tidak menghadapi sebarang masalah namun terdapat sedikit sela masa dimana video tersebut akan distrimkan kepada peranti tersebut. Berkenaan fail yang distrimkan, ia juga bergantung kepada codec media tersebut dan juga codec yang boleh dimainkan oleh telefon pintar anda kerana melalui percubaan kami, sesetengah fail tidak boleh dimainkan. Oleh kerana peranti ini menggunakan sambungan WiFi untuk berhubung, anda perlu menetapkan kata laluan WiFi tersebut melalui aplikasi MobileLite Wireless pada telefon pintar anda. Kapasiti bateri sebesar 1810 mAh mungkin sedikit kecil tetapi mencukupi untuk sekali caj.

Pro

  • Boleh menyelesaikan masalah kapasiti storan untuk telefon pintar.
  • Penstriman serta operasi boleh dilakukan serentak untuk tiga peranti pada satu masa.

Kontra

  • Hanya untuk telefon pintar iOS dan Android. Tidak terdapat untuk Windows Phone dan tiada aplikasi khusus untuk komputer.
  • Kapasiti bateri yang kecil dan hanya untuk 1-2 caj sahaja.

 

Nota: