Telefon pintar Motorola Moto G telah menjadi salah satu telefon pintar yang berjaya daripada pihak Motorola, menerima pelbagai maklumbalas positif daripada para pengguna seluruh dunia. Terkini, desas-desus baru kedengaran mengatakan pihak Motorola akan hadir dengan variasi peranti berkenaan dinamakan Moto G Forte.
Ia dikatakan peranti tersebut mungkin disasarkan ke pasaran Amerika Latin terlebih dahulu, dan dijangka akan menyertakan binaan yang lebih tahan lasak berbanding versi Moto G asal.
Mengikut gambar yang tertiris, ia dilihat sedikit tebal berbanding versi asal, dan berkemungkinan akan mengekalkan spesifikasi yang sama untuknya.
Tarikh bilakah ia akan diperkenalkan masih tidak diketahui buat masa ini.
Baca : Ulasan Motorola Moto G