Readmill Diambil-Alih Oleh Dropbox – Perkhidmatan Akan Ditamatkan Pada 1 Julai

ReadmillDropbox hari ini telah menambah satu lagi syarikat dibawah portfolio mereka, iaitu Readmill. Harga pengambil-alihan tidak dinyatakan, dan ia dilihat tenaga kerja Readmill akan menyertai Dropbox dalam memfokuskan kepada fungsi-fungsi menarik pada perkhidmatan storan awan tersebut.

Readmill sebelum ini menawarkan kemudahan untuk pengguna mengikuti bahan bacaan pada peranti mudah-alih dengan mudah. Dengan pengambil-alihan ini, tiada lagi pendaftaran akaun baru boleh dilakukan di Readmill, dan perkhidmatan tersebut akan ditamatkan pada 1 Julai 2014 ini.

Melalui perkongsian pihak Readmill, mereka mengatakan akan berkongsi kepakaran berkaitan pembacaan, kolaborasi dan juga sokongan sync pada pelbagai peranti di Dropbox kelak. Pada masa yang sama, mereka juga turut mengatakan akan hadir dengan beberapa kaedah pembacaan baru dengan pasukan lain di Dropbox.

Bagi pengguna Readmill sedia ada, anda boleh mengeksport data anda dalam beberapa format yang disediakan dan memindahkan data anda ke beberapa perkhidmatan lain bermula hari ini.

Nota: