Telekom Malaysia Melabur Untuk Pegangan 57% Pada Packet One Networks (P1)

TM - GreenPacket

Akan mengukuhkan transisi P1 kepada era LTEHari ini, pihak Telekom Malaysia secara rasminya mengumumkan kerjasama dengan pihak GreenPacket dan juga SK Telecom dalam membangunkan perkhidmatan komunikasi bersepadu generasi akan datang, sekaligus memperlihatkan pihak Telekom Malaysia membuat pelaburan dan memegang sehingga 57% pegangan di dalam Packet One Networks (P1).

Melalui pelaburan daripada TM ini, Telekom Malaysia akan melabur sehingga RM350 juta pada peringkat awal, selain mana akan turut menambah sehingga RM210 juta ke dalam Green Packet dalam bentuk bon-bon boleh tebus yang baharu dikeluarkan – yang mana mungkin diubah kepada kepentingan Green Packet dalam P1 pada masa akan datang.

TM P1SK Telecom sebelum ini telah membuat pelaburan di P1 pada tahun 2010 yang lepas. SK Telecom merupakan syarikat telekomunikasi paling popular di Korea Selatan, dan merupakan antara yang terawal menawarkan perkhidmatan LTE. Dengan kepakaran teknikal daripada SK Telecom, P1 dijangka akan mendapat manfaat, selain mengatakan mereka menjangkakan untuk menawarkan perkhidmatan LTE terbaik untuk pengguna tempatan.

GreenPacket mengatakan melalui pelaburan daripada Telekom Malaysia ini, ia akan membolehkan pihak P1 untuk memulakan semula syarikat mereka dalam menawarkan perkhidmatan LTE mereka kepada para pengguna. Buat masa ini, P1 mempunyai lebih daripada 500,000 pelanggan, serta meliputi 50% daripada kawasan berpendudukan di Malaysia.

Dengan pengambil-alihan pegangan majoriti ini, P1 akan menjadi salah satu subsidiari dibawah Telekom Malaysia, sekaligus selari dengan visi TM untuk menjadi “Pusat Pertukaran Data dan Maklumat” serta “Peneraju Jalur Lebar di Malaysia”. Ia dikatakan ini merupakan evolusi semula jadi penawaran perkhidmatan internet dan data daripada Telekom Malaysia.

Ketiga-tiga syarikat dilihat akan menawarkan kelebihan masing-masing, dimana Green Packet dilihat akan memastikan kesinambungan perniagaan P1, sementara SK Telecom akan menyumbangkan kepakaran teknikal dan strategik untuk P1.

Seperti biasa, perjanjian kerjasama ini akan berkuatkasa apabila ia selesai semua syarat prajadi dan menerima kelulusan daripada beberapa pihak. Ia dijangka selesai sepenuhnya dalam masa beberapa bulan lagi.

Telekom Malaysia mengatakan mereka akan melabur sehingga RM1.65 bilion bersama-sama rakan kerjasama mereka yang lain dalam perniagaan ini dalam masa satu ke tiga tahun. Telekom Malaysia turut mengatakan yang mana pelaburan ini akan membolehkan mereka menawarkan satu siri portfolio kepada para pengguna mereka – apatah lagi dengan transisi ke LTE oleh P1.

Dengan pengumuman ini, kita sedia melihat penyertaan Telekom Malaysia dalam arena LTE melalui P1. P1 dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan LTE mereka tidak lama lagi, dan akan menggantikan sepenuhnya perkhidmatan WiMAX kepada LTE dalam tempoh tiga ke lima tahun.

Nota: