HTC Memperkenalkan Telefon Pintar Baru – HTC One M8

HTC hari ini telah mengambil pentas utama di New York, dan memperkenalkan telefon pintar generasi baru daripada mereka, dinamakan sebagai HTC One M8. Seperti pada namanya, ia merupakan kemaskini kepada keluarga HTC One yang telah diperkenalkan pada tahun lepas.

HTC One M8

Pada tahun lepas, HTC One telah memenangi pelbagai anugerah mengatakan ia sebagai telefon pintar terbaik, dan pihak HTC ingin mengulanginya dengan HTC One M8 pada tahun ini.

HTC One M8 dilihat membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti versi asal, tetapi sedikit tinggi dan lebih melengkung berbanding HTC One.

HTC One M8

Dari segi spesfikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 801, ruangan mikro-SD, dan menyertakan antaramuka HTC Sense 6. Pada bahagian belakang, ia menyertakan kamera dengan sokongan depth-sensing, selain mana tidak lagi menyertakan butang kapasitif pada skrin utama.

Beberapa fungsi baru yang turut disertakan adalah HTC Duo-Camera, Motion Launch, Sense TV, sokongan penjimatan kuasa, dan dwi-speaker hadapan. Untuk tujuan kecergasan pula, pihak HTC dilihat bekerjasama dengan pihak Fitbit dalam mengintegrasikan sokongan sensor pada peranti mereka.

HTC One M8

Kami akan melihat kepada beberapa fungsi menarik yang dibawakan oleh HTC One M8 ini melalui video pandang pertama yang akan diterbitkan sebentar lagi.

Nota: