Pada minggu lepas, kita sedia mendengar yang mana pihak Huawei dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar yang menyertakan dwi-OS iaitu Android dan Windows Phone. Agak menyedihkan, apabila kini dilaporkan projek tersebut terpaksa dibatalkan oleh Huawei.
Seperti biasa, setiap kali pengumuman seumpamanya dibuat, ramai yang ingin ketahui akan apakah kelebihan yang ditawarkan oleh peranti yang menggunakan dwi-OS. Walaupun ia memberikan lebih kebebasan, namun mungkin kuantiti pengguna yang akan mengubah sistem operasi mereka dari hari ke hari adalah amat sedikit – kecuali pada permulaan penggunaan.
Apa pun, seperti biasa, kita yang gemarkan teknologi semestinya menantikan suatu peranti dengan pelbagai sistem operasi di dalamnya.
Sebab mengapakah pihak Huawei membatalkannya tidak dikongsikan.
Sebelum ini, pihak Asus turut dilihat membatalkan perancangan memperkenalkan komputer dwi-OS iaitu Windows dan Android disebabkan tekanan daripada pihak Google dan juga Microsoft.
Dengan pembatalan perancangan ini, mungkin pihak Huawei perlu mencari salah satu sebab baru yang unik untuk terus menarik pengguna menggunakan peranti baru mereka kelak.