Jom Tengok Kilang Memproses Ular Untuk Jadikan beg Tangan

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Jom Tengok Kilang Memproses Ular Untuk Jadikan beg Tangan | Di rumah penyembelihan di Indonesia, ular dibunuh kejam untuk mendapatkan kulitnya sebelum dijadikan beg tangan, jaket dan kasut berjenama.

Salah satu rumah sembelih ular yang popular adalah di Kampung Cirebon, Indonesia. Di sana, pekerja ­membunuh dan menanggalkan kulit ribuan ular setiap ­minggu. Malah timbunan besar ular boleh dilihat berselerak di lantai untuk dibersihkan.

Jom Tengok Kilang Memproses Ular Untuk Jadikan beg Tangan2 Jom Tengok Kilang Memproses Ular Untuk Jadikan beg Tangan Jom Tengok Kilang Memproses Ular Untuk Jadikan beg Tangan3 Jom Tengok Kilang Memproses Ular Untuk Jadikan beg Tangan

Semua ular dibunuh ­dengan mengetuk kepalanya menggunakan hulu parang sebelum rahangnya dibuka untuk memasukkan paip. Reptilia itu kemudiannya diisi dengan air ­hingga membengkak seperti belon, manakala lehernya diikat ketat dan dibiarkan selama 10 minit atau lebih.

Selepas itu, kepala ular disangkut kepada pencang­kuk daging dan perutnya dibelah. Kulit haiwan berkenaan ditanggalkan mentah-mentah sebagaimana orang melucutkan sarung tangan getah.

Berikutan sifat semula ­jadinya, kulit reptilia itu akan menggulung sendiri dan diletakkan di atas papan sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar pengering. Kulit haiwan itu juga dicelup me­ngikut gaya ­diingini dan dijemur di bawah sinaran matahari sebelum dihantar ke tempat menyamak kulit binatang.

Jom Tengok Kilang Memproses Ular Untuk Jadikan beg Tangan4 Jom Tengok Kilang Memproses Ular Untuk Jadikan beg Tangan Jom Tengok Kilang Memproses Ular Untuk Jadikan beg Tangan5 Jom Tengok Kilang Memproses Ular Untuk Jadikan beg Tangan

Sementara ular yang sudah dikupas dicampak bersama timbunan reptilia sama dan senasib dengan­nya. Haiwan ini biasanya akan mati dalam tempoh dua hari akibat kejutan dan dehidrasi.

Ia bagaimanapun tidak disia-siakan begitu saja memandangkan sesetengah masyarakat Indonesia percaya daging reptilia itu boleh dijadikan ubat penyakit kulit, asma dan meningkatkan kejantanan.

Terkini, harga kos sebuah beg yang diperbuat daripada kulit ular adalah antara RM42 hingga RM84, bergantung kepada saiznya. Namun, apabila kulit ular sampai ke rumah ­fesyen ­Barat, harga material itu boleh meningkat mendadak dan dijual sehingga RM13,000.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Contact form 1

Jom Tengok Kilang Memproses Ular Untuk Jadikan beg Tangan
Emas Putih

Nota: