Instagram Untuk Android Dikemaskini Dengan Paparan Antaramuka Baru

Instagram sebelum ini telah memperkenalkan kemaskini antaramuka untuk versi iOS, dan hari ini mereka mengumumkan pengenalan kemaskini antaramuka dengan konsep rekaan mendatar kepada para pengguna platform Android.

Instagram Android

Instagram Android

Secara kasarnya, ia dilihat walaupun bentuk susunannya masih menyerupai versi sedia ada, namun, pelbagai rekaan ikon dan sebagainya mengalami perubahan. Paparan gambar juga dilihat bersaiz lebih besar (ketika di tab Explore) berbanding sebelum ini.

Selain kemaskini pada rekabentuk, Instagram turut mengatakan yang mana aplikasi mereka kini lebih pantas dan halaman profil dikatakan lebih kurang dua kali ganda pantas berbanding sebelumnya.

Kemaskini ini mungkin hadir kepada semua pengguna Android dalam masa beberapa jam lagi.

Nota: