Laman sosial Google dilihat terus berkembang secara positif dari hari ke hari. Hari ini, pada acara khas berkenaan Google+, pihak Google berkongsi beberapa statistik terkini, dan turut berkongsi angka pengguna semasa perkhidmatan tersebut.
Google+ kini dikatakan mempunyai lebih 540 juta pengguna aktif yang mengaksesnya melalui pelbagai perkhidmatan Google, dan seramai 300 juta daripadanya aktif mengakses Google+ Stream.
Selain itu, pihak Google turut berkongsi yang mana laman sosial tersebut juga turut menjadi salah satu lokasi utama untuk membuat salinan pendua gambar dan video oleh pengguna.
Google+ kini melihat lebih 1.5 bilion gambar dimuat-naik setiap hari, selain mana memperlihatkan peningkatan sebanyak 20 kali ganda untuk muat-naik video.
Kebanyakkan salinan pendua ini dibuat secara automatik oleh pengguna peranti Android. Google juga turut sama mengumumkan yang mana sokongan muat-naik automatik gambar ke Google+ akan hadir kepada pengguna iOS tidak lama lagi.