Pihak Jolla sedia berkongsi mengenai Sailfish OS yang akan hadir ke peranti Android. Hari ini, melalui pengumuman rasmi, mereka berkongsi lebih banyak info berkenaan dengannya.
Menurut Jolla, usaha untuk membawa Sailfish OS ke peranti Android telah pun sedia dijayakan oleh komuniti. Sehingga kini, komuniti telah membawa Sailfish OS ke beberapa peranti Samsung Galaxy popular, Google Nexus, Sony Xperia, dan juga peranti daripada Xiaomi.
Dengan pengenalan dan sokongan daripada komuniti, ia membolehkan pengguna untuk menggunakan perisian dan sistem operasi Sailfish OS pada peranti sedia ada mereka tanpa perlu membeli peranti khusus daripada Jolla.
Disamping itu, salah satu perkara menarik yang turut dikongsikan Jolla adalah dimana mereka turut akan mengeluarkan sebuah launcher khas untuk pengguna Android, yang mana membawa simulasi dan pengalaman penggunaan peranti Sailfish OS di Android.
Aplikasi tersebut dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Jolla turut mengatakan fail pemasangan Sailfish OS untuk beberapa peranti popular Android akan hadir secara berperingkat pada awal tahun 2014 ini.