Cara-Cara Mencegah Daripada Penyakit Buah Pinggang

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Cara-Cara Mencegah Daripada Penyakit Buah Pinggang | Sebelum ni admin telah cerita Tanda-Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang, sekarang admin nak kongsi sikit cara untuk mencegahnya daripada terkena. Jom baca Cara-Cara Mencegah Daripada Penyakit Buah Pinggang :

Cara-Cara Mencegah Daripada Penyakit Buah Pinggang

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

  • Pemakanan seimbang.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
  • Berhenti merokok.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Cara-Cara Mencegah Daripada Penyakit Buah Pinggang
Beki Mustaffa

Nota: