5 Fakta Menarik Tentang Miley Cyrus

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

5 Fakta Menarik Tentang Miley Cyrus | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja baru-baru ni tiba-tiba ‘jatuh cinta’ dengan Miley Cyrus selepas menonton Hannah Montana. Cerita ini sudah lama tapi sebab baru tengok, Teacher Muja tersuka. Malangnya, Miley Cyrus sekarang sudah jauh berbeza dengan Hannah Montana. Sedih, tapi apa sangatlah yang kita boleh buat.

Mahu tahu beberapa fakta menarik tentang Miley Cyrus? Kamu tahu tak nama sebenar Miley Cyrus bukan Miley? Ya, Miley Cyrus bukan nama sebenar bintang pop yang telah menghiasi dada-dada tabloid dalam beberapa tahun ini termasuklah perkara baik dan perkara buruk. Jadi apa nama sebenar Miley Cyrus?

Namun begitu, bintang remaja ini kelihatan sangat fokus dengan satu perkara iaitu karier muziknya, yang sangat jelas berjaya dengan dominasi yang berjaya dilakukan pada carta muzik seluruh dunia. Daripada Hannah Montana kepada seorang yang dianggap keterlaluan, popularitinya dilihat semakin meningkat tanpa tanda kejatuhan.

Miley Menderita Penyakit Tachycardia

Miley cyrus facts 3 400x263 300x197 5 Fakta Menarik Tentang Miley Cyrus

Miley Cyrus menderita sebuah penyakit jantung iaitu Tachycardia yang menyebabkan kadar jantungnya yang dalam keadaan rehat tiba-tiba menaik dengan mendadak. Miley pernah berkata,”Di atas pentas, tiada satu detik pun di mana saya tidak memikirkan jantung saya.”

Dolly Parton Adalah Ibu Pembaptisannya

Miley cyrus facts 2 400x256 300x192 5 Fakta Menarik Tentang Miley Cyrus

Penyanyi country legenda dan penulis lagu, Dolly Parton adalah ibu pembaptisan Miley Cyrus.

Nama Sebenar Miley Cyrus Adalah Destiny Hope Cyrus

Miley Cyrus childhood picture 400x292 300x219 5 Fakta Menarik Tentang Miley Cyrus

Nama sebenar Miley Cyrus adalh Destiny Hope Cyrus tetapi ditukar untuk menyesuaikan dengan nama pentasnya kepada Miley yang berasal dari nama panggilannya iaitu ‘Smiley’.

Rekod Vevo Untuk Lagu Wrecking Ball & We Can’t Stop

Miley cyrus facts 1 400x264 300x198 5 Fakta Menarik Tentang Miley Cyrus

Lagu Miley Cyrus yang bertajuk ‘Wrecking Ball’ memecahkan rekod paparan VEVO untuk lagu paling banyak dimainkan dalam tempoh 24 jam. Ini pun berlaku selepas ‘We Can’t Stop’ memecahkan rekod yang lain. Ia mencapai 100 juta tontonan lebih cepat daripada video lain dalam sejarah.

Tarikh lahir Miley Cyrus

Miley cyrus facts 4 400x258 300x193 5 Fakta Menarik Tentang Miley Cyrus

Ramai juga yang tertanya-tanya umur sebenarny Miley Cyrus. Miley Cyrus dilahirkan pada 23 November 1992. Jadi, pada tahun 2014, Miley Cyrus berumur 22 tahun! Opps, sama pula umur kami. Sangat mengagumkan apabila bintang pop yang masih muda ini berjaya menjual berjuta-juta album dan berjaya menggapai populariti yang luar biasa pada umur yang sangat muda.

Teacher Muja dapat rasa ramai yang bermimpi untuk menjadi Miley Stewart dalam Hannah Montana, tapi masihkan mereka berasa begitu melihatkan Miley Cyrus sekarang? Begitulah manusia. Mereka boleh berubah dengan begitu drastik dalam sekelip mata. Tidak perlulah kita hairan tentangnya. Makanya, selalulah berdoa agar Allah sentiasa menetapkan Islam dan Iman kita supaya sentiasa meningkat dan kita tidak berubah ke arah keburukan. Wassalaam.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: MusicGroup

5 Fakta Menarik Tentang Miley Cyrus
muja

Nota: