Gambar Xperia Tablet Z2 Tertiris – Bakal Menggunakan KitKat

Xperia Tablet Z2Lanjutan daripada perkongsian spesifikasi untuk tablet Xperia Tablet Z2, hari ini pihak @evleaks turut berkongsi gambar untuk tablet berkenaan yang dijangka akan diperkenalkan pada minggu hadapan.

Seperti generasi sebelum ini, Xperia Tablet Z2 bakal menyertakan skrin bersaiz 10.1-inci, dan membawakan sokongan kalis air dan debu. Ia dikatakan akan menggunakan cip Snapdragon 800 dan juga memori 3GB RAM.

Dari segi rekaan, tablet ini dikatakan akan membawakan rekaan yang nipis berbanding sebelumnya – berkemungkinan untuk terus memudahkan ia dalam digunakan pada sebelah tangan sahaja.

Mungkin kita akan melihat lebih banyak info, dan fungsi-fungsi baru tablet berkenaan pada minggu hadapan.

Nota: