Metal Slug 3 Kini Tersedia Untuk Dimuat-Turun Di Steam

Metal Slug 3Bagi mereka yang mengemarkan permainan berbentuk arked, semestinya Metal Slug merupakan salah satu permainan yang tidak boleh dilupakan. Menariknya, untuk mengembalikan nostalgia anda untuk permainan berkenaan, kini SNK telah pun menerbitkan permainan berkenaan di Steam.

Metal Slug 3 versi Steam ini menawarkan sokongan alat-kawalan permainan sepenuhnya, selain turut menyertakan tangga kedudukan untuk pengguna bersaing dengan rakan-rakan yang lain.

Buat masa ini, permainan ini hanya menyokong sistem operasi Windows Vista dan terkini sahaja. Pengguna yang memainkan Metal Slug 3 versi Steam ini juga turut boleh memainkannya bersama-sama rakan anda dalam Online-Multiplayer dan menyelesaikan sesuatu misi dengan lebih pantas.

Metal Slug 3 dijual pada harga $7.99 di Steam.

Nota: