TransMaker : Ubah Samsung Galaxy S4/S3 Anda Menjadi Tablet

transmaker2

Samsung mempunyai peranti pelbagai saiz dan fungsi. Ada tablet, ada Note, ada Tablet Note dan ada juga jam pintar Gear. Satu-satunya pasaran yang belum dimasuki oleh Samsung ialah pasaran PadFone yang merupakan peranti 2 dalam 1 yang dipelopori oleh Asus. Sehingga ini setahu kami hanya Asus menghasilkan peranti hibrid yang membolehkan anda mempunyai 2 peranti (tablet dan telefon) dengan harga gabungan yang murah.

TransMaker, sebuah syarikat dari China nampaknya menghasilkan pengubah yang dinantikan oleh pengguna peranti S4 dan S3. Ianya bolehlah dikatakan PadFone untuk dua telefon yang menjuarai carta jualan peranti Android ini. TransMaker hadir dalam dua versi iaitu 10.1″ dan 11.6″. Untuk versi 10.1″ ia menyokong resolusi 1280x 800 manakala untuk versi 11.6″ ia menyokong resolusi HD Penuh. Selain menjadi alat merubah telefon menjadi tablet, TransMaker juga mampu menjadi sebuah pek bateri tambahan untuk mengecas telefon anda. Terdapat juga aksesori tambahan berupa papan kekunci fizikal.

TransMaker masih mencari dana untuk menghasilkan sistem pengubah tablet ini. Mereka mensasarkan jualan akan bermula seawal Mac ini dan setiap unit dijual pada harga USD 99. Kami tidak pasti sama ada mereka mendapatkan kebenaran dan lesen dari Asus.

Kepada pengguna S3 dan S4 di luar sana, adakah TransMaker mengujakan anda? Anda mahu memilikinya?

transmakr3transmaker-4 Sumber TechnoBuffalo

Nota: