Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
Seperti yang kita tahu di zaman yang serba modern ini bermacam macam perkara boleh berlaku antaranya ialah suami boleh curang dengan isteri hanya dengan menggunakan whatsApp. Ini supaya kita lebih berhati hati dalam memilih seseorang. Sekarang melalui whatsApp kita boleh berkenalan dengan orang lain hanya melalui telefon pintar tanpa berjumpa, ni yang banyak sangat kes kes pergaduhan suami isteri dan cerai berlaku. Yang ni pula Suami Ketagih WhatsApp Dihadapkan Ke Mahkamah, jom sama sama kita baca info :
Suami Ketagih WhatsApp Dihadapkan Ke Mahkamah | Manama: Seorang isteri di Yaman meminta mahkamah untuk memaksa suaminya memberi lebih perhatian kepada beliau kerana banyak masa dihabiskan dengan aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya.
Suami Ketagih WhatsApp Dihadapkan Ke Mahkamah
Dalam kes yang disifatkan sebagai luar biasa di negara itu, wanita berusia 30-an mendakwa suaminya mengalami ketagihan yang tidak normal terhadap mesej aplikasi mesej telefon bimbit terbabit sehingga mengabaikan isteri dan gagal memenuhi tanggungjawab sebagai seorang lelaki.
Penduduk bandaraya Aden terbabit mengadu ketagihan suaminya itu begitu membimbangkan sehingga beliau terpaksa meminta hakim memaksa si suami untuk membahagikan masa antara isteri, teman dan WhatsApp secara adil.
Kes luar biasa
Ini adalah satu kes yang luar biasa tetapi ia sebenarnya adalah menggambarkan keadaan dunia Arab masa kini, kata Rasha, seorang peguam di Manama.
Melarikan diri dari dunia realiti ke dunia maya atau ke dalam dunia fantasi kini adalah perkara biasa dan keluarga semakin teruk menderita, katanya dalam komen terhadap kes berkenaan.
WhatsApp Inc yang berpejabat di California bulan lalu berkata aplikasi bagi mesej segera telefon bimbit kini memiliki lebih 400 juta pengguna yang aktif setiap bulan.
Aplikasi yang dibangunkan untuk telefon pintar pada 2009 itu kini dinaiktaraf untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan multimedia seperti foto dan video.
AGENSI
Incoming search terms:
If you enjoyed this post, you should read this: Product