Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
Anak Ustaz Don Selamat Dilahirkan – Gambar Dan Info | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Nampaknya mungkin Dr Fuh agak lewat dengan berita gembiara ini dimana Ustaz Don Daniyal dan pasangannya Husna Mohd Zahry telah menimang anak sulung mereka.
PENDAKWAH dan penyampai rancangan kuliah interaktif 30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid malam tadi telah menjadi seorang bapa.
Berita gembira itu dikongsikan Don Daniyal atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Don menerusi laman sosial Facebooknya.
Ustaz Don berkata, bayinya itu telah selamat dilahirkan pada jam 10.25 malam tadi waktu Malaysia dengan berat 3.5 kilogram.
“Assalamualaikum semua… Alhamdulillah.
“Bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang (di) sini (yang sama) 10.25 malam di Malaysia.
“Normal dan sihat…Alhamdulillah… 3.5 kilogram,” tulisnya, namun tidak dikongsikan pula jantina cahaya mata pertama pasangan ini.
Ustaz Don dan pasangannya, Husna Mohd Zahry mendirikan rumah tangga pada Ogos 2012.
Gambar Anak Ustaz Don Selamat Dilahirkan

Sumber Gambar – SensasiMalaysia
Selain itu, Ustaz Don yang sedang berada di Mesir itu juga berkata akan pulang ke tanah air, hujung bulan ini.
“Insya-ALLAH kami balik dalam 30 Januari.
“Terima kasih semua na.. sebab tolong doa kat kami…Alhamdulillah syukur,” tulisnya lagi.
Husna melahirkan bayi mereka di Mesir ekoran masih meneruskan pengajian di sana. - Sumber Berita
Tahniah Dr Fuh dan kru-kru dari fuh.my ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal diatas kelahiran cahaya mata sulung anugerah terindah dari Allah SWT. Semoga beliau mengikut jejak langkah Ustaz Don menjadi anak yang soleh serta berguna kepada Agama dan Ibu Bapa. In Shaa Allah.
Incoming search terms:
If you enjoyed this post, you should read this: Wow! Basikal Berkuasa Jet Yang Terpantas Didunia