SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Ops Harga 2013 Fasa Pertama yang dijalankan pada 6 Julai hingga 31 Disember lalu membuat 484,506 pemeriksaan dan membuka 3,776 kertas siasatan berhubung tindakan peniaga seluruh negara menaikkan harga barangan sesuka hati, tidak meletakkan tanda harga dan penipuan berat barangan.
Nota: