Intel Bakal Menjenamakan Semula McAfee Kepada Intel Security

McAfeeIntel telah mengambil-alih McAfee pada tahun 2010 yang lepas. Kini, selepas beberapa tahun, pihak Intel dilihat berkongsi info mengatakan mereka akan mengantikan nama McAfee pada produk dan perkhidmatan sekuriti mereka tidak lama lagi.

Perubahan jenama ini dikatakan akan dilakukan secara berperingkat dan bakal mengambil masa sehingga setahun sebelum selesai sepenuhnya.

Nama baru, Intel Security akan digunakan pada segmen sekuriti dan keselamatan, disamping produk baru juga bakal hadir daripada Intel dalam bentuk kemaskini kepada produk McAfee sedia ada.

Intel turut dikatakan akan menawarkan produk sekuriti mereka secara percuma untuk iPhone, iPad dan Android tidak lama lagi yang menyertakan sokongan keselamatan data dan peranti.

Mungkin kita akan mendengar lebih mengenai produk baru mereka, termasuk penjenamaan semula ini dalam bulan-bulan akan datang.

Nota: