Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
Gambar Anak Gajah Teruja Semasa Mandi | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang suka mandi tak? Teacher Muja yakin ramai yang membaca artikel ini takut dengan air, tapi apabila mula mandi rasa tak nak berhenti. Eh, macam cakap pasal diri sendiri. Hehe
Hari ini kita akan bercakap pasal haiwan comel yang suka mandi. Selalunya, kalau kita bercakap tentang haiwan kesayangan yang comel, kita akan terbayangkan kucing, arnab ataupun beruang koala. Ternyata, gajah juga boleh menjadi comel kalau kena dengan caranya.
Kerana kucing yang comel sudah terlalu mainstream, kali ini kita hiburkan hati dengan gambar anak gajah teruja yang sangat comel. Anak gajah yang seekor ni nampaknya sangat teruja apabila bermain dengan air. Comel!
Tengok tu. Seronoknya dia. Anak gajah comel ini sangat menyukai mas mandi. Jauh beza dengan kucing Teacher Muja. Pantang bunyi air paip, menonong lari. Teacher Muja syak, mungkin anak gajah ini adalah anak gajah paling comel pernah wujud. E buat mandi nampak mandi sangat menyeronokkan.
Anak gajah yang masih muda ini menghayunkan belalainya dan menyemburkan air dari belalainya ke seluruh badannya. Nampak jelas dia sangat gembira melakukannya. Jelas terpancar di mukanya yang berbulu itu. Apabila dia berasa takut, dia mula bergerak ke bawah ibunya untuk perlindungan.
Pada satu ketika, dia membuka matanya dengan besar sebab terkejut apabila air mula menyimbahinya dan satu lagi gambar menunjukkan matanya ditutup apabila dia menggelengkan kepalanya. Sememangnya gambar anak gajah comel ini layak dinobatkan sebagai gambar haiwan paling comel.
Apabila melihat makhluk terancam ni gembir, Teacher Muja sendiri tersenyum. Semoga masa mandi akan kekal menjadi satu aktiviti yang menggembirakannya walaupun dia sudah tidak lagi bergelar anak gajah. Moga dia tidak akan menjadi mangsa manusia tidak bertanggungjawab seperti kaum kerabatnya.
Anak gajah ini bukanlah satu-satunya gajah yang sangat menggemari masa mandi. Bubbles, gajah yang pernah diselamatkan, dan Bella the Labrador menjadi kawan baik sejak mereka bermain bersama-sama di sebuah kolam. Bella juga pernah menyorok di bawah gading Bubbles.
Seronok sungguh melihat makhluk Allah yang sangat istimewa ini gembira. Sedih sungguh mengenangkan jumlah gajah yang semakin hari semakin berkurang akibat tindakan manusia yang tidak bertanggunjawab. Moga generasi mendatang sempat mengenali gajah ini dan gajah tidak akan pupus.
Amiin. Wassalaam.
Incoming search terms:
If you enjoyed this post, you should read this: Recipe