Dalam pelbagai distro Linux, salah satu yang popular adalah Fedora. Hari ini, pembangunnya telah pun melancarkan Fedora 20 “Heisenbug” secara rasminya, sekaligus membolehkan pengguna dan peminatnya seluruh dunia untuk memuat-turun dan menggunakannya.
Fedora 20 menyertakan beberapa kemaskini dari segi perisian dan aplikasi yang disertakan bersama0-sama dengannya. Ia juga kini hadir dengan sokongan untuk ARM.
Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Fedora 20 secara percuma hari ini. Kami akan cuba untuk membawa pandang pertama untuk Fedora 20 dalam masa terdekat ini.
Muat-Turun Fedora 20 Heisenbug