Kerajaan Sasar Untuk Bayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Pada Pengangkutan Awam Menjelang 2019

Kerajaan kini telah mengumumkan yang mana mereka ingin melaksanakan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Bersepadu (ICPS) pada perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang 2019 kelak. Ia dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada perkhidmatan pengangkutan awam LRT, MRT, Monorail, KTM Komuter dan juga bas dalam bandar.

Dengan pelaksanakan ICPS ini, ia sekaligus akan memberikan kemudahan dan lebih keselesaan kepada para pengguna ketika menuju ke sesuatu destinasi. Pengguna boleh menjimatkan kos pengangkutan berbanding hari ini yang memerlukan anda mengambil tiket berbeza ke sesuatu destinasi – sekaligus menjadikan anda perlu membayar lebih.

Ia juga akan memudahkan pengguna menggunakan lebih daripada satu pengangkutan awam berbeza untuk ke sesuatu destinasi, tanpa perlu melalui halangan dan kesesakkan antara stesen seperti pada hari ini.

Melalui halaman SPAD, ICPS dijangka akan turut menyokong sejumlah pilihan pembayaran – termasuk kad prabayar, kad debit, kad kredit, dan juga aplikasi seperti Apple Pay dan Android Pay.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut untuk implementasi sistem ini yang dijangka digunakan lebih 1 juta pengguna setiap hari pada 2019 kelak.

Baca : SPAD / ICPS

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: