Beberapa pengeluar dan pembangun aplikasi telah mula menamatkan sokongan untuk Windows Phone sejak beberapa bulan yang lepas. Ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk kerana kekurangan pengguna untuk Windows Phone, penamatan sokongan Windows Phone tersebut sendiri, selain peralihan pembangunan kepada sistem satu platform pada Windows 10.
Terkini, pihak GSC Cinema telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan aplikasi mereka di Windows Phone mulai 31 Ogos 2017 kelak. Selepas tarikh berkenaan, GSC tidak lagi akan menyokong platform berkenaan dan ia mungkin berhenti berfungsi.
Pihak GSC mengalakkan pengguna membuat pembelian tiket menggunakan pelayar web, atau beralih kepada peranti berasaskan Android atau iOS selepas tarikh berkenaan.