Rekaan iPhone 8 Tertiris Menggunakan Skrin Menyeluruh Dan Bingkai Yang Nipis

@evleaks merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena ketirisan gambar peranti jauh sebelum ia dilancarkan. Terkini, beliau turut berkongsi sebuah gambar baru yang diperkatakan sebagai telefon pintar iPhone 8 akan datang.

Daripada gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan rekaan semua skrin pada bahagian hadapan – dan membawakan rekaan sedikit menyerupai kaedah Essential Phone, dimana bahagian sensor dan kamera hadapan diliputi oleh skrin pada bahagian tepinya.

Rekaan ini juga selari dengan pelbagai ketirisan sebelum ini – termasuk penggunaan butang Home atas skrin. Ia juga mengikut pelbagai trend semasa, dimana pengeluar peranti menawarkan rekaan dengan bingkai yang sangat nipis, dan saiz skrin lebih besar. Rekaan yang tertiris ini hadir bersama rekaan kerangka luar daripada pengeluar pihak ketiga.

Apple dijangka memperkenalkan telefon pintar iPhone mereka ini sekitar September atau Oktober kelak. Bagi anda sendiri, apa kata anda mengenai rekaan iPhone 8 yang tertiris ini?

iPhone 8 (encased) pic.twitter.com/9LpARCAML2

— Evan Blass (@evleaks) August 8, 2017

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: