Dengan pembangunan pantas yang diimplementasikan oleh pihak pembangun WordPress, hari ini mereka secara rasminya telah melancarkan WordPress 3.8 yang menyertakan beberapa pembaharuan bersama-sama dengannya.
WordPress 3.8 membawakan rekaan bahagian pentadbir yang serba baru dan lebih menarik berbanding sebelumnya. Bahagian typography turut diberikan perhatian dengan penggunaan Open Sans.
Rekaan berbentuk responsif diberikan perhatian, menjadikan ia sesuai untuk digunakan pada pelbagai saiz peranti tanpa sebarang masalah.
WordPress 3.8 turut sama menyertakan tema baru, disamping bahagian pengurusan tema yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Bagi pengguna WordPress, anda boleh mengemaskini pemasangan anda hari ini, dan mula menggunakan versi terkini WordPress ini yang tampak lebih ceria berbanding sebelumnya.