Mozilla sering menguji sejumlah ciri-ciri baru yang menarik. Terkini, mereka menguji sebuah fungsi yang dinamakan sebagai Firefox Send. Melaluinya, Mozilla memfokuskan kepada kebolehan menghantar dan menerima fail menggunakan sebarang pelayar web moden.
Melaui Firefox Send, pengguna boleh menghantar sebarang fail bersaiz mencapai 1GB, dan anda akan menerima sebuah pautan khusus untuknya. Pautan berkenaan boleh dikongsikan oleh penerima, dan ia perlu dimuat-turun dalam tempoh 24 jam.
Selepas tempoh 24 jam, fail yang dimuat-naik berkenaan akan dipadam daripada simpanan. Fail juga akan dipadam selepas ia dimuat-turun sekali.
Buat masa ini, ciri ini hanya eksperimental dan tidak diketahui lagi sama ada akan disokong untuk tempoh masa lama atau sebaliknya.
Layari : Firefox Send