Sokongan Pelanggan Untuk Nexbit Robin Telah Dihentikan

Nextbit Robin ialah peranti yang amat unik. Kandungan peranti seperti Aplikasi akan sentiasa disimpan secara awanan. Apabila aplikasi tidak digunakan dengan kerap, ia dipadam bagi menambah storan. Ia boleh dimuat turun semula apabila perlu. Sokongan pelanggan bagi peranti ini telah dihentikan secara serta merta semalam.

Effective August 1st 2017, we’ve shut down support for Robin. You can still refer to our online self-help: https://t.co/ZwXZGM04sJ

— Nextbit (@nextbitsys) August 1, 2017

Pengumuman penghentian sokongan pelanggan ini dilakukan oleh Nextbit menerusi laman Twitter rasmi mereka. Sungguhpun tiada lagi sokongan pelanggan, sokongan kemaskini perisian akan diberikan sehingga Februari 2018. Dengan penghentian ini, Nextbit akan menumpukan perhatian mereka bagi menghasilkan telefon pintar khas untuk permainan video di bawah payung Razer. Nextbit diambil alih oleh syarikat komputer yang mensasarkan golongan gamer ini pada Januari yang lalu.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: