Dalam arus teknologi yang berkembang pesat dan meningkatkan pembelian atas talian, kedai utama (flagship) masih menjadi pilihan untuk pengguna mendapatkan maklumat lanjut, disamping mencuba peranti baru atau mendapatkan sebarang bantuan. Pada hari ini U Mobile telah merasmikan kedai flagship pertama mereka di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Di lokasi tersebut, terdapat dua bahagian dan pada tingkat G, kedai konsep tersebut merupakan ruang pameran peranti. Peranti yang dipamerkan disini boleh dicuba pengguna dan pihak U Mobile turut menyatakan peranti Apple yang diletakkan disini turut menepati piawaian Apple Customer Experience.
Pada tingkat kedua, terdapat ruang layanan pelanggan U Mobile dimana pengguna boleh hadir dan melakukan urusan berkaitan, termasuklah pendaftaran, membaikpulih peranti, menyelesaikan masalah berkaitan langganan dan pelbagai lagi.
Kedai konsep ini beroperasi mengikut waktu Berjaya Times Square beroperasi iaitu dari 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.