Mac lalu Samsung melancarkan skrin LED 4K HDR gergasi sebesar 10.3 meter yang dihasilkan untuk kegunaan pawagam. Dengan teknologi ini panggung wayang tidak perlu lagi menggunakan projektor yang teknologinya telah wujud sejak 1879.
Skrin Samsung Cinema Screen gergasi ini digunakan di panggung Super S yang dimiliki oleh Lotte Cinema. Selain skrin berteknologi Samsung, sistem audio Harman Professional Solutions turut digunakan. Dengan teknologi LED, filem dengan sokongan HDR akhirnya boleh ditonton dengan lebih meluas.
Selain daripada itu paparan skrin LED ini adalah 10 kali ganda lebih terang berbanding sistem projektor sedia ada. Lotte Cinema bercadang untuk mengembangkan penggunaan skrin LED 4K HDR ini di cawangan pawagam mereka di masa hadapan.