Akhir-akhir ini, perkhidmatan berbentuk langganan kian mendapat tempat dihati pengguna. Ini termasuk Netflix dan iFlix untuk video, Spotify untuk muzik, dan sebagainya. Kini, sebuah perkhidmatan baru yang turut sedang dalam proses percubaan beta adalah untuk permainan.
Dinamakan sebagai Jump, ia menawarkan sejumlah permainan indie – iaitu sekitar lebih 60 permainan indie untuk para pengguna mainkan. Ia dikatakan sekitar 6 ke 10 permainan akan ditambah setiap bulan, dan setiap permainan akan kekal di Jump sekurang-kurangnya selama 12 bulan.
Jump akan mengenakan caj sebanyak $9.99 sebulan, dan menawarkan 14 hari tempoh percubaan untuk pengguna baru.
Perkhidmatan ini boleh diuji dalam bentuk beta sehingga 24 Julai 2017 kelak, dan dilancarkan secara rasminya tidak lama lagi.
Bagi anda, adakah anda akan terbuka untuk melanggan perkhidmatan bulanan ini untuk permainan indie.
Layari : Jump