Google Pixel Mengalami Masalah Melalukan Kemaskini Keselamatan Untuk Bulan Julai

Kemaskini keselamatan diberikan setiap bulan pada peranti Android bagi menutup kerentanan baru yang ditemui. Dengan kemaskini sekuriti meningkat sekaligus memastikan data pengguna selamat dari digodam. Pengguna Google Pixel mula melaporkan masalah melakukan kemaskini keselamatan bulan Julai pada peranti mereka.

Masalah ini tidak dialami oleh pengguna Google Pixel XL.  Pihak Google telahpun dimaklumkan mengenai masalah ini dan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian. Apa yang berlaku di sini sedikit memalukan kerana antara sebab utama pengguna membeli Pixel ialah bagi menerima kemaskini dengan lebih pantas berbanding peranti pengeluar lain.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: