Bagi anda yang merupakan peminat tegar Nokia, semestinya mengetahui akan yang mana beberapa telefon Nokia sebelum ini sedia hadir dengan lensa optik Carl Zeiss yang menawarkan kualiti rakaman dan ketahanan yang baik.
Kini, dengan HMD Global yang kembali memfokuskan kepada arena peranti mudah-alih melalui pemasaran peranti berjenama Nokia, mereka turut telah mengumumkan kerjasama eksklusif bersama ZEISS.
Melalui kerjasama eksklusif antara ZEISS ini, telefon pintar Nokia akan datang bakal mengintegrasikan kepakaran pengimejan daripada rekaan optik, perisian dan sebagainya bersama pihak ZEISS.
Buat masa ini, kedua-dua syarikat tidak mengumumkan bilakah kita akan melihat peranti pertama menggunakan teknologi optik ZEISS ini. Tetapi dengan teknologi seperti Nokia Pureview sebelum ini, semestinya ramai yang menantikan kamera yang sangat baik melalui peranti berjenama Nokia akan datang.