Monitor Melengkung Ultra Lebar HP EliteDisplay S340c Dijual Pada Harga RM 4999

Monitor melengkung ultra lebar bukan lagi produk baru di pasaran Malaysia. Kerana ia lebar, pengguna boleh menggunakannya seperti dua monitor tanpa perlu berbelanja lebih. HP EliteDisplay S340c baru sahaja memasuki pasaran Malaysia dengan harga jualan RM 4999 sebuah.

Monitor 34″ dengan nisbah skrin 21:9 ini menyokong resolusi WQHD (3440 x 1440 pixel. Terdapat sokongan sambungan menggunakan Display Port, HDMi dan juga USB-C. Turut disertakan ialah empat pembesar suara 7 W pada bahagian dengan sokongan audio Bang&Olufsen. Menarik mengenai monitor ini ialah kamera web pada bahagian atas yang boleh disorok dengan menekannya ke bawah bagi mereka yang risau tentang privasi.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: