Bagaimana Berkongsi Gambar Resolusi Tinggi Melalui WhatsApp?

WhatsApp kini menjadi salah satu medium komunikati utama, termasuk untuk perkongsian gambar. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila gambar yang dikongsikan melalui WhatsApp melalui proses pemampatan, sekaligus menjadikan kualiti dan resolusi gambar sedikit dikurangkan untuk tujuan perkongsian dengan pantas.

Perkara ini semestinya kurang digemari ramai pengguna, terutamanya sekiranya ingin menyimpan gambar yang dikongsikan gambar untuk kenangan masa hadapan.

Untuk berkongsi gambar pada resolusi penuh, kini pengguna WhatsApp boleh mencuba alternatif perkongsian dokumen untuk berkongsi gambar pada resolusi penuh.

Untuk tujuan ini, kita akan menggunakan kelebihan berkongsi sebarang jenis format dokumen yang telah diperkenalkan oleh WhatsApp baru-baru ini, dan menggunakannya untuk menghantar gambar.

Bagi berkongsi gambar pada resolusi tinggi, anda hanya perlu tekan pada ikon perkongian (yang berbentuk klip), dan seterusnya memilih Document. Seterusnya anda boleh memilih gambar yang dirakamkan daripada folder yang tersimpan gambar berkenaan dan berkongsi dengan rakan atau ahli kumpulan anda.

WhatsApp Gambar

Apa pun, salah satu kekurangan daripada kaedah ini adalah dimana ia berkongsi gambar dengan saiz penuh, membuatkan tiada paparan thumbnail yang diperlihatkan melalui tetingkap sembang, melainkan pengguna memuat-turun dan membuka fail berkenaan.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: