Facebook sedia menjadi salah satu laman sosial yang kini dikunjungi semua setiap hari – bukan sahaja untuk mengikuti perkembangan rakan-rakan, tetapi juga mengetahui pelbagai info dan berita yang berlaku disekeliling mereka.
Terkini, hari ini Facebook mengumumkan mereka telah mencapai lebih 2 bilion pengguna aktif setiap bulan. Angka ini dicapai hanya selang seminggu sejak Facebook mengumumkan fokus terhadap pembangunan komuniti melalui platform mereka.
Berkongsi lanjut mengenainya, Facebook mengatakan lebih 800 juta Like dilakukan setiap hari pada platform mereka, selain lebih 175 juta reaksi “Love” dilakukan pengguna. Lebih 1 bilion pengguna juga kini aktif menggunakan Facebook Groups setiap bulan.