EasyPhone – Cara Mudah Untuk Memiliki Telefon Pintar Terkini Dari Celcom

Suku kedua tahun ini telahpun memperlihatkan pelbagai telefon pintar terkini mula dijual, dari iPhone 7 Red Product, Huawei P10 dan terkini Samsung Galaxy S8 yang baru dilancarkan awal bulan lalu. Kini bagi memudahkan pengguna Celcom memilikinya, mereka hadir dengan tawaran EasyPhone untuk peranti Android dan iPhone.

Bermula awal Jun sehingga 31 Julai 2017, pengguna boleh mendapatkan pelbagai peranti terkini dan tawaran promosi ini sesuai bagi anda yang ingin menyambut hari raya dengan peranti terkini, atau bagi anda yang merancang untuk membelikan peranti baru buat ibu bapa anda mahupun ahli keluarga.

Pelan EasyPhone merupakan program bayaran ansuran selama 24 bulan yang akan dicajkan kepada penggunaan bulanan. Pengguna tidak perlu menggunakan kad kredit dan pilihan sebegini memudahkan mereka yang tidak memiliki cara pembayaran tersebut.

Jika anda ingin memiliki iPhone, terdapat tiga model yang boleh dipilih dengan dua pilihan pelan. Pelanggan haruslah sedia melanggan pelan Celcom FIRST Gold Plus atau FIRST Platinum dan akan membayar caj EasyPhone selama 24 bulan. Sebagai contoh anda boleh memiliki iPhone 7 32GB dengan harga caj bulanan RM 115 sebulan dengan melanggan FIRST Gold Plus, atau RM 95 jika anda melanggan FIRST Platinum.

Celcom FIRST Platinum
Celcom FIRST Gold
Harga RuncitFIRST Platinum Tanpa Perlindungan (RM)FIRST Platinum Dengan Perlindungan(RM)FIRST Gold Tanpa Perlindungan(RM)FIRST Gold Dengan Perlindungan(RM)
iPhone 7 32GBRM 3,017.9295135115155
iPhone 7 128GBRM 3,489.62120160140180
iPhone 7 256GBRM 3,961.32140180165205
iPhone 7 Plus 32GBRM 3,574.53120160145185
iPhone 7 Plus 128GBRM 4,046.23145195170220
iPhone 7 Plus 256GBRM 4,517.92160210180230
iPhone 6 32GBRM 1,602.8325454565
iPhone 6S 32GBRM 2,546.237010090120
iPhone 6S 128GBRM 3,017.9295135115155
iPhone 6S Plus 32GBRM 3,017.9295135115155
iPhone 6S Plus 128GBRM 3,489.62120160140180
iPhone SE 32GBRM 1,829.2535555575
iPhone SE 128GBRM 2,300.94609080110
iPhone 5SRM 1,225.472545

Sekiranya pelanggan telahpun melanggan Celcom lebih daripada 12 bulan, tiada sebarang bayaran pendahuluan peranti diperlukan dan pelanggan boleh memilih untuk membayar caj bulanan Device Protection sebanyak RM 40 bagi melindungi peranti. Dibawah tawaran ini, peranti akan dilindungi dari kehilangan yang berlaku disebabkan kecurian, ragut, dan kes pecah rumah. Peranti juga akan menerima jaminan dari kemalangan dan kerosakan yang terjadi disebabkan oleh cecair.

Namun jika anda pelanggan baru Celcom kurang dari tempoh langganan selama 12 bulan, atau anda merupakan pelanggan yang melakukan penukaran talian MNP (Mobile Number Portability) , bayaran pendahuluan peranti perlu dilakukan dan akan direbatkan dalam tempoh 3 bulan. Dibawah kategori ini pengguna juga perlu mendaftar pembayaran bil bulanan secara automatik dari akaun bank pengguna.

Celcom FIRST Platinum
Harga RuncitEasyPhone Tanpa Perlindungan(RM)EasyPhone Dengan Perlindungan(RM)
Samsung Galaxy S8RM 3,017.92145175
Samsung Galaxy S8+RM 3,489.62165195
Samsung Galaxy S7 Edge 128GBRM 3,206.60140170
Samsung Galaxy Note 5 64GBRM 2,263.21100120
Samsung Galaxy A5 (2017)RM 1,602.837085
Samsung Galaxy J5 (2016)RM 753.773545
Sony Xperia XRM 2,074.5390110
Sony Xperia XARM 942.454555
Huawei P10 LiteRM 1,225.474055
Huawei P10RM 2,357.55110130
Huawei P10 PlusRM 2,923.58135155
Oppo A57RM 1,035.854560
Oppo R9sRM 1,724.537590
Oppo R9s PlusRM 2,356.60105125

Bagi anda yang berminat untuk memiliki peranti terkini Android seperti Huawei P10 atau Samsung Galaxy S8, menerusi tawaran EasyPhone Celcom ini anda bebas untuk memilih mana-mana pelan pascabayar Celcom FIRST. Anda boleh memiliki Samsung Galaxy S8 pada harga RM 145, atau Huawei P10 Plus pada harga RM 135 sebulan. Untuk peranti Android, caj bulanan untuk perlindungan Device Protection tertakluk kepada model yang dipilih.

Dengan penawaran EasyPhone untuk peranti iPhone dan Android, ia memudahkan lagi pelanggan Celcom untuk memiliki peranti terkini, tanpa perlu memiliki kad kredit dan pembayaran bulanan mampu milik, serta pilihan Device Protection yang melindungi peranti dan meningkatkan nilai. Dan tawaran ini sekaligus membolehkan anda beraya dengan memiliki telefon pintar terkini dengan pelan yang bagus dari Celcom.

Layari: EasyPhone Dari Celcom

Penafian: Advertorial dari Celcom

(new Image()).src = “https://secure-au.imrworldwide.com/cgi-bin/b?ci=adtrack&cg=mybeev0032&si=Celcom_First_Easyphone/Innity/CR&at=view&rt=banner&ca=mybeev0032&cr=CR-Innity&pc=Innity&tu=https%3A%2F%2Fsecure-gl.imrworldwide.com%2Fcgi-bin%2Fm%3Fci%3Dent1237169090%26am%3D3%26ep%3D1%26at%3Dview%26rt%3Dbanner%26st%3Dimage%26ca%3Dcmp840387%26cr%3Dcrv1755124%26pc%3Dplc30339642%26r%3D%5Btimestamp%5D”;

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: