Sebelum Google Play, aplikasi Android perlu dimuat turun menerusi Android Market. Sokongan untuk aplikasi ini akan dihentikan pada peranti yang menggunakan Android 2.1 Eclair dan ke bawah. Ia dihentikan kerana penggunaan Android 2.1 kini di bawah 1.2% dan versi Android telah berusia lebih tujuh tahun.
Sokongan untuk Android Market walaubagaimanapun masih diteruskan pada peranti dengan Android 2.2. Adakah di kalangan pembaca yang masih mempunyai peranti yang menggunakan sistem operasi yang agak berusia ini? Sekiranya ya, kenapa tidak berubah ke peranti lebih terkini?