Instagram sedia menawarkan kebolehan membuat penstriman langsung melalui aplikasi mereka, tetapi video siaran langsung akan hilang secara automatik apabila penstrim video berkenaan menamatkan siaran mereka.
Perkara ini mungkin membuatkan pengikut anda tertinggal untuk mengikuti sesuatu perkara, dan untuk penstrim pula, mungkin anda kehilangan beberapa kandungan.
Kini, dalam membolehkan sesuatu video siaran langsung dimainkan semula melalui ciri Replay. Untuk tujuan ini, ia bergantung kepada pemilik seseuatu penstrim siaran langsung berkenaan, dimana apabila tamatnya siaran, mereka akan diperlihatkan dengan butang perkongsian.
Sekiranya anda memilih untuk berkongsi, maka video siaran langsung berkenaan akan diterbitkan pada Instagram, dan boleh ditonton oleh pengikut anda untuk tempoh 24 jam akan datang – lebih kurang seperti Instagram Stories.
Penonton siaran ulangan ini turut boleh melihat komen daripada pengguna lain ketika siaran langsung berlaku, selain turut boleh mempercepatkan video dengan tap pada bahagian kanan.
Dengan pengenalan ciri baru ini, Instagram turut mengumumkan yang mana kini mereka mempunyai lebih 250 juta pengguna aktif Instagram Stories setiap hari.