Di acara WWDC pagi tadi Apple memperlihatkan iMac Pro kepada umum dengan kemasan berwarna Space Gray. iMac paling berkuasa ini turut hadir dengan papan kekunci, tetikus dan trackpad berwarna Space Gray. Bagi peminat Apple yang mahu membeli ketiga-tiga peranti input ini secara berasingan ada sedikit berita buruk bagi anda.
Menurut laporan 9to5Mac, Apple hanya akan memberikan pilihan warna baru ini eksklusif kepada pembeli iMac Pro sahaja Disember hadapan. Pengguna sedia ada redha dengan pilihan warna putih sedia ada. Dengan harga jualan mencecah $4999 (~RM21,313), tidak mengejutkan iMac Pro ialah komputer dengan warna eksklusif untuk golongan eksklusif.