SpaceX yang dimiliki oleh Elon Musk telah beberapa kali mempertontonkan penggunaan roket kembali, sekaligus mengurangkan kos penerbangan ke angkasa. Terkini, SpaceX turut melangkah setapak lagi kehadapan dengan membuat misi penghantaran barangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa menggunakan kapsul yang digunakan semula.
Dengan menggunakan kembali roket dan kapsul, ia mengurangkan kos penerbangan ke angkasa, sekaligus membolehkan lebih banyak misi penerbangan dilakukan.
Elon Musk sendiri melalui Twitter mengatakan kini ia semakin menjadi kebiasaan untuk menggunakan roket kembali. “Ia adalah biasa untuk kereta dan kapal terbang, dan patut menjadi biasa untuk roket”.
Selepas permulaan penerbangan, sebahagian daripada roket yang digunakan untuk anjakan penerbangan telah kembali dengan selamat ke Bumi kembali. Kapsul Dragon ini membawa kandungan seberat 2720kg, dan dijangka hadir sekitar hari ini ke stesen angkasa berkenaan.