SureFly – Quadrotor Peribadi Dengan Sistem Kuasa Hibrid

Pembangunan dron yang mampu membawa penumpang dan kargo berkembang pesat sejak dua tahun kebelakangan ini. Uber sendiri ingin memulakan operasi teksi terbang mereka seawal 2020. Airbus turut mempunyai konsep kereta yang boleh berubah menjadi quadrotor mereka sendiri. SureFly ialah sebuah lagi quadrotor peribadi yang dibangunkan oleh Workhorse.

Kenderaan terbaang ini dilengkapi 16 bilah pisang yang digerakkan oleh lapan motor elektrik. Berbeza dengan beberapa rekaan yang pernah kami paparkan sebelum ini (seperti Volocopter), SureFly menggunakan enjin petrol untuk membekalkan kuasa elektrik. Terdapat sebuah bateri 7.5 KWh yang membekalkan kuasa kepada motor elektrik sekiranya berlaku kegagalan pada enjin petrol.

Dua orang penumpang boleh dibawa dan SureFly mampu terbang pada kelajuan 112 Km/j dan terbang sehingga 121 meter. Ujian penerbangan akan dilakukan hujung tahun ini dan Workhorse mensasarkan ia memulakan operasi pada tahun 2019.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: